Pulang ke Malaysia, tidak terlepas untuk saya bersama mama untuk bersama-sama masak di dapur. Sempat juga saya buatkan kacang panjang goreng, rindu pula rasanya nak makan, di Mesir belum lagi saya jumpa kacang panjang, yang ada hanya kacang buncis.
Mudah sangat.
Bahan-bahan :
- Minyak masak
- Kacang panjang
- Telur
- Bawang
Cara-cara :
Mulakan dengan bismillah. Banyakan berselawat.
1 - Tumis bawang
2 - Selepas itu, masukkan sebiji telur.
3 - Masukkan sedikit garam dan perasa (saya gunakan perencah Hilal)
4 - Seterusnya, masukkan kacang panjang yang telah dipotong. Kacau-kacau dua tiga minit, siap =)
Sangatlah mudah.
Selamat mencuba.
ibnuDDin
Kuala Pegang, Baling, Kedah.
0859
220714
Post a Comment