Dari Nurani Meluhur Hati ^^

Cendol Melati Pink (Cendol Naga)

Tuesday, August 5, 20140 comments


Berkongsi resepi mudah daripada Mak Tam saya. Dia buatkan sebelum saya bertolak datang ke Mesir semula hari itu.

Saya tak tahu namanya apa, saya panggil sahaja 'Cendol Naga'. Nampak mengancam sikit kan? ^^

Sangat senang cara penyediaannya dan sangat sedap.


Bahan-bahan :

- Buah Naga
- Cincau
- Cendol
- Susu Cair
- Susu Pekat Manis (kalau mahu manis)
- Ais


Cara-cara :

1) Mulakan dengan bismillah. Banyakan berselawat.

2) Buah naga dan cincau dipotong dadu kecil-kecil, mengikut selera anda.

3) Sudah siap dipotong, campurkan semua(cincau, buah naga, cendol) ke dalam mangkuk

4) Seterusnya, masukkan susu cair. Kalau mahu manis, boleh tambah susu pekat manis, mengikut selera manis anda.

5) Masukkan ais dan terus boleh minum bersama keluarga tercinta

Alhamdulillah ^^.





Share this article :

Post a Comment

 
Support : ibnuDDin™ | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. Resepi Dari Nurani - All Rights Reserved
Modified by ibnuDDin™
Proudly powered by Lillahi Ta'ala