Dari Nurani Meluhur Hati ^^

Resepi : Ayam Masam Manis Gaya Bujang

Friday, March 27, 20150 comments

Resepi : Ayam Masam Manis Gaya Bujang

Ayam (6 ketul)
Sos cili (4 sudu)
Sos tomato (6 sudu)
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Minyak masak
Tomato (potong dadu)
Cili bo hijau
Serbuk kunyit
Lobak merah (potong dadu)
3 Bawang merah*
4 ulas Bawang putih*
1 inci Halia*

* Bahan-bahan untuk kisar

1) Ayam gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng dalam minyak masak.

2) Selepas itu, gunakan minyak goreng tadi, tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Tunggu sehingga betul-betul masak.

3) Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.

4) Seterusnya, masukkan tomato, cili bo hijau, lobak merah.

5) Biarkan 3 minit, dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

Alhamdulillah, sudah siap dan boleh dihidangkan.

Biaq takdak rupa, janji terangkat rasa, hehe.



Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
2024
270315
Share this article :

Post a Comment

 
Support : ibnuDDin™ | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. Resepi Dari Nurani - All Rights Reserved
Modified by ibnuDDin™
Proudly powered by Lillahi Ta'ala